...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday 30 July 2009

Selepas Tirai Teater Berakhir

*Gambar dari sini.

1. Pementasan `Menanti Perang Berakhir' di Muzium Shah Alam sudah selesai.

2. Ada catatan yang aku tumpang baca dan baca. Ada rakaman yang tumpang aku tengok. Ada kritikan yang aku belajar. Yang tukang report pun, aku baca , baca, baca juga.

3. Terima kasih kekawan yang hantar email secara peribadi.

Tuesday 28 July 2009

Biarkanlah Ibrahim Ali

1. Apabila Ibrahim Ali cuba membawa kekuatan pro-ISA bertembung dengan protes ISA, ramai kalut, marah, bimbang dan sebagainya.

2. Kekalutan beginilah ditunggu oleh pengiat politik. Kemelesetan ekonomi menumbangkan regim Suharto. Reformasi 1998 menghakis hegemoni UMNO. 13 Mei, jatuhlah Tunku Abdul Rahman.

3. Siapa yang bijak mengurus anarki ini untuk 'public interests', dia boleh menang. Dan setelah menang, 'public interests' akan jadi milik peribadi.

4. Tanyalah Ibrahim Ali mengapa dia buat begitu atau kalian fikirkan sendiri.

5. Kerana perut itu paling hampir dengan hati.

Saturday 25 July 2009

Bakar Lilin, Terbakar Api

1. Semasa Dr. Jayakumar (semasa itu belum jadi MP Sg. Siput) mengetuai Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air di Perak, dia mencadangkan agar kami berdemo pada malam itu dari Padang Hoki Ipoh ke MBI dengan menyalakan lilin.

2. Kami tidak berapa berkenan idea itu. Nanti terbelit lidah nak menerangkan cerita lilin daripada isu tarif air yang naik. Lalu, kami cadangkan agar orang Islam bawa lampu picit je.

3. Dr. Jayakumar mula tak faham. Selepas diterangkan, diapun diam. Tanda setujulah. Samalah juga semasa aku sekolah dulu. Tak boleh masuk scout. Kerana ada majlis unggun api. Macam orang Majusi! Tak jadilah aku masuk scout. Masuklah Persatuan Pelajaran Islam.

4. Dah terlanjur Haji Nizar bakar lilin semasa memperingati mendiang Teoh dan Tok Guru Nik Azizpun sokong, walaupun Ustaz Harun Taib kata meragukan. Mufti Perak kata haram. Terdahulu daripada itu, Najib dan pemimpin UMNO dah lama buat. Inilah yang disebut sebagai political engagement.

5. Apa kata kita bakar saja api secara besar-besaran selepas ini. Tapi jangan sebut itu Majusi atau api Namrud!

6. Lilin terbakar, membakar diri.

Thursday 23 July 2009

Wednesday 22 July 2009

Sinopsis Menanti Perang Berakhir

Mengisahkan tentang AKMAL, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian tentang AWANG LEH. Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayaai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengajiannya, AKMAL bertemu dengan SARAH dan LYDIA. Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel. Dunia sentiasa suka berperang?. Siapakah yang menanti perang berakhir?. Dan...berakhirkah perang?. Jawapannya pada kita, makhluk yang dinamakan manusia!

http://www.kakiseni.com

Tuesday 21 July 2009

Jom Tonton Filem Skrip Aku


Auditorium Daeng Chelak

Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

23 - 27 Julai 2009

8.30 mlm


1. Teater `Menanti Perang Berakhir' sebenarnya adalah untuk filem atau drama tv. Skripnya aku tulis sebelum ke UK (2006) sempena pertandingan Menulis Skrip Drama TV anjuran IKIM. Apabila aku sudah di perantauan, skrip tersebut diisytiharkan menjadi pemenang pertama. Hadiahnya disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agung, Sultan Mizan. Aku tidak pergi. Bukan hamba derhaka.

2. Ceritanya bermula daripada hukuman gantung sampai mati ke atas Tok Janggut yang dituduh sebagai penderhaka di Pasir Putih hinggalah Pak Jamaluddin Elias di warung Kak Ros, di depan pejabat Harakah. Dari Kg. Jeram hinggalah ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Dari kuasa veto PBB hinggalah kerja kebajikan Yayasan Amal. Dari cinta seorang lelaki, dan bencinya seorang perempuan. Watak dan tempatnya adalah dari kehidupan yang sebenar.

3. Ini kali kedua, ia dipentaskan. Sebelum ini di IKIM. Dua-dua aku tak tengok meski teringin sekali. Korang pi tontonlah. Harap ada yang merakam. Nanti aku balik, boleh tumpang sekaki nonton.

4. Apapun terima kasih pada seluruh krew pementasan yang diarahkan oleh Sdr. Kamarul A.R. IKIM, Kerajaan Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat menjayakannya.

5. Ada satu skrip aku yang belum didrama atau dipentaskan. 'Kalam Siti Zubaidah' (2004) Cerita tentang madrasah macam filem Laskar Pelangi. Siapa yang berminat? Berani buat? Aku dah nak buat di Taman Melewar dulu, tak larat nak cari ongkosnya. Akhirnya jadi ceramah Aqil Hayy!

ALHAMDULILLAH

Sunday 19 July 2009

Top Lagi Nordin Mat Top


1. Hubungan Malaysia dengan Indonesia sejak dahulu sememangnya tidak terpisah. Hanya penjajah sahaja memisahkan kita dengan garis sempadan politik yang tidak kelihatan.

2. Apabila Laksamana Buaya Melayu Ternama Hang Tuah ke tanah Jawa, bertarung dengan Taming Sari, akhirnya memikat puteri Majapahit Jawa, Radeh Galoh Cendera Kirana buat santapan Sultan.

3. Orang tua-tua kita pernah berpantun;

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba bawakan,
Kalau sungguh bagai dikatakan,
Harta dan nyawa hamba serahkan.

4. Tanpa buruh kasar dan pembantu rumah dari Indonesia, sukar sekali untuk menegakkan Menara Petronas yang megah dan mengurus rumah tangga suami isteri yang sibuk berkerja.

5. Letupan di Hotel Ritz, Jakarta - menambah-nambahkan lagi hubungan yang tidak pernah terputus apabila dikhabarkan Nordin Mat Top punya angkara.

Friday 17 July 2009

Api Yang Membakar

Api itu sudah terbakar
dari titis darah seorang lelaki
membakar sebelum ke kuil
membakar kulit
membakar akal

Awas
api semakin panas
membakar
Masing-masing keluar
ke tengah jalan
dengan tangan keras

Jangan kaubunuh aku
hanya kerana kulit aku Melayu

Wednesday 15 July 2009

Dia Akan Jadi Hero

1. Apapun asasnya tindakan DUN Selangor yang menggantung Khir Toyo selama setahun tidak menguntungkan PR. Bahkan ia menguntungkan BN dan Khir Toyo secara peribadi.

2. Macam mahkamah Taliban. Hukum ikut buku.

3. Ngapa tak cabut gigi Khir Toyo saja?

Monday 13 July 2009

Kritikan Yang Sukar

Kritik itu semacam menikam

secara belakang

atau berdepan

buatlah apa jua alasan

atas nama perjuangan

atau kebenaran

atau sayangkan kawan

kerana kritik itu sukar

lebih-lebih lagi kepada kawan.



Swansea

Sunday 12 July 2009

Pergi Tak Dihalau

1. Akhirnya DAP Kedah kembali untuk bersatu dengan PR di Kedah. Pertemuan antara Lim Kit Siang dengan Ustaz Azizan telah menyelesaikan masalah berbangkit. Lim Kit Siang diberitakan akan ke Kedah sebulan sekali untuk melihat perkembangan selanjutnya. Nampaknya macam Ustaz Azizan kena dipantau pula?

2. Pergi tak dihalau, masukpun tak bersalam. Usahkan untuk minta maaf.

3. Itu baru satu kerusi DAP.

4. Nampaknya, hampa kena kerja teruk la Hj. Nan, Aris, Musodak.....

Friday 10 July 2009

Doa Kami Yang Tidak Sakit

Tuhan,

Syukur kerana kami sihat
bolehlah kami ke laut
memancing ikan
biar ombak besar
dingin angin malam

bolehlah kami menoreh
batang getah kering
di hujung kampung
selepas subuh itu

bolehlah kami berkerja
menampung sementara
ada kehidupan yang Kauberikan

bolehlah kami mengais
mencari rezeki
buat anak isteri

dan
buat pak menteri
yang makan gaji dengan wang kami!


Alexandra Terrace. Swansea.
Jumaat

Sunday 5 July 2009

Jangan Kau Kaya


Jangan kau kaya
Kalau kau kaya,
diaorang kata kau rasuah

biarlah kau miskin
papa kedana
melarat
naik bas, sekupang duit dalam poket
isi minyak kereta
sepuluh ringgit cuma

biarlah kau sakit
perit merit
terpekik
dalam batin berkocak, menangis sewaktu
isteri terbaring sendiri
anak tidur kelaparan
yuran PASTI bulan lepas belum
berbayar

Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai yang dengki

atau tumpang sekaki
minta belanja secawan kopi
tolong bayar bil
atau belikan kayu api

Jangan kau kaya
kalau kau kaya

ramai lagi setengah mati
nak jadi kaya
sampai mati tak kaya-kaya.

5 Julai 2009
Swansea. UK.

Thursday 2 July 2009

Kerna Kandang Babi*

1. DAP Kedah/Perlis keluar daripada Pakatan selepas `keciwa' dengan tindakan kerajaan negeri Kedah merobohkan satu-satunya kandang babi di Kedah, Darul Aman.

2. Itulah harga sebuah pakatan politik. Kandang babi lebih berharga daripada menghapuskan hegemoni BN.

3. Atau inilah yang disebut mainan politik DAP untuk menguji kredibiliti PAS sebagai parti untuk semua. Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah & Perlis merupakan ADUN DAP Perak yang menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Sekadar maklumat tambahan buat mereka yang fikir sikit.

* maksud aku ialah tempat sembelih babi.